Sejarah UNIC bermula pada tahun 2002 semasa ahli-ahlinya masih di
bangku persekolahan lagi. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa
itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu HITS mereka pada kemunculan
pertama mereka iaitu 'Hanya Tuhan Yang Tahu' di bawah pengurusan Hijjaz
Records.
Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu UNIC Records,
setelah menamatkan tempoh kontrak 8 tahun di bawah naungan Hijjaz
Records pada awal tahun 2010. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk
memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan
bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat
dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC
Records dan pelanggan UNIC.
UNIC terus bergerak maju bersama dengan dua buah lagi syarikat yang
diuruskan mereka sendiri iaitu UNIC Nasyeed and Training Consultant
(UNTC) dan UNIC Biotrade Setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai fungsi tersendiri dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjazz Records, beberapa masalah
telah timbul dan antaranya ialah penamaan nama rasmi UNIC. Hijjaz
Records menyatakan bahawa nama UNIC adalah hak milik syarikat mereka.
Dengan itu nama UNIQUE telah digunakan sebagai ganti tetapi telah
mendatangkan beberapa masalah seperti kekeliruan di kalangan peminat
setia UNIC. Kemudian ditukar pula ke UNIQ dan akhir sekali kembali dengan UNIC.
“Hiburan Berilmu Rohani Terpandu” menjadi slogan mereka. Misi UNIC
Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah
menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan
perkembangan negara.
No comments:
Post a Comment