Pada asalnya UNIC mempunyai anggota seramai 4 orang lelaki iaitu:-
- Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
- Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
- Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen,Fendi)
- Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wanshah)
Namun atas komitmen dan hala tuju yang berlainan, UNIC beberapa kali telah bertukar anggota. Pada tahun 2007, Fitri telah mengumumkan pengunduran beliau daripada kumpulan UNIC tanpa menyatakan sebab tertentu dengan hanya meyatakan beliau ingin fokus pada pengajian beliau pada peringkat seterusnya. Album terakhir beliau bersama UNIC ialah "Langkah Tercipta".
Namun begitu, UNIC terus kekal dengan perjuangan dan konsep muzik yang sama iaitu ingin menyelitkan dakwah dalam bentuk hiburan. Akhirnya pada tahun 2011, UNIC terus kekal bersama 3 anggota iaitu:
- Bazli Hazwan bin Che Osman
- Ahmad Fadzli bin Ab. Aziz
- Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin
No comments:
Post a Comment