ALBUM KEDUA :
UNIC FANS !!!
Wednesday, 15 August 2012
Thursday, 2 August 2012
Album
Ini pula merupakan sedikit informasi tentang album-album mereka ......
ALBUM PERTAMA :
ALBUM PERTAMA :
Album Studio | |||
---|---|---|---|
Tahun | Tajuk | Kulit Album | Senarai Runut |
2002 | You And I See | ![]() |
|
Tuesday, 24 July 2012
Ahli Kumpulan
Pada asalnya UNIC mempunyai anggota seramai 4 orang lelaki iaitu:-
- Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
- Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
- Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen,Fendi)
- Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wanshah)
Namun atas komitmen dan hala tuju yang berlainan, UNIC beberapa kali telah bertukar anggota. Pada tahun 2007, Fitri telah mengumumkan pengunduran beliau daripada kumpulan UNIC tanpa menyatakan sebab tertentu dengan hanya meyatakan beliau ingin fokus pada pengajian beliau pada peringkat seterusnya. Album terakhir beliau bersama UNIC ialah "Langkah Tercipta".
Namun begitu, UNIC terus kekal dengan perjuangan dan konsep muzik yang sama iaitu ingin menyelitkan dakwah dalam bentuk hiburan. Akhirnya pada tahun 2011, UNIC terus kekal bersama 3 anggota iaitu:
- Bazli Hazwan bin Che Osman
- Ahmad Fadzli bin Ab. Aziz
- Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin
Friday, 6 July 2012
Sejarah Ringkas UNIC
Sejarah UNIC bermula pada tahun 2002 semasa ahli-ahlinya masih di
bangku persekolahan lagi. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa
itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu HITS mereka pada kemunculan
pertama mereka iaitu 'Hanya Tuhan Yang Tahu' di bawah pengurusan Hijjaz
Records.
Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu UNIC Records, setelah menamatkan tempoh kontrak 8 tahun di bawah naungan Hijjaz Records pada awal tahun 2010. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC Records dan pelanggan UNIC.
UNIC terus bergerak maju bersama dengan dua buah lagi syarikat yang diuruskan mereka sendiri iaitu UNIC Nasyeed and Training Consultant (UNTC) dan UNIC Biotrade Setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai fungsi tersendiri dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjazz Records, beberapa masalah telah timbul dan antaranya ialah penamaan nama rasmi UNIC. Hijjaz Records menyatakan bahawa nama UNIC adalah hak milik syarikat mereka. Dengan itu nama UNIQUE telah digunakan sebagai ganti tetapi telah mendatangkan beberapa masalah seperti kekeliruan di kalangan peminat setia UNIC. Kemudian ditukar pula ke UNIQ dan akhir sekali kembali dengan UNIC.
“Hiburan Berilmu Rohani Terpandu” menjadi slogan mereka. Misi UNIC Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan perkembangan negara.

Friday, 29 June 2012
UNIC
UNIC merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi nasyid di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. Ia merupakan adik kepada kumpulan nasyid In-Team yang lahir di bawah Hijjaz Record. Album pertama mereka yang bertajuk “You & I See” telah mencatatkan jualan melebihi 40 000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 10 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan lapan buah album studio dan enam album kompilasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)